Friday 4 October 2013

Mantan KHARian


Salam dari En. Penghuni.

Gatal pulak mata gua sebab debu. Gua baru ja siap packing barang. Esok gua bakal ‘berlepas’ ke bumi kelahiran gua, Sarawak terchenta. Ditemani pulak dengan koleksi lagu-lagu Indonesia dalam playlist gua.
Fuhh, memang menghangatkan suasana.
Yep, kali ni gua kena bawak balik semua barang2 gua. Almaklum, gua sudah jadik Ex-KHARian dah.
Gua bukan lagi penghuni Kolej Harun Aminurrashid secara rasmi bermula semalam. Tapi, nasib baik ayah gua datang kolej beberapa minggu lepas, so, bolehlah gua pos buku2 & sedikit pakaian gua melalui dia. Tak mampu bro nak bawak sekaligus balek cuti sem nih. Haha, thank you Boss!

Sebenarnya, gua baru ja habis final exam semalam, 3/10/2013.
Final Exam Semester 5 Diploma gua di UPSI. Yang terakhir.
Semester depan pulak gua & kawan-kawan gua bakal berpraktikal sebagai salah satu syarat untuk graduate tahun depan (*God bless).

Ni la gambaran kolej gua. Kolej Harun Aminurrashid. Berlatarbelakangkan Banjaran Titiwangsa.
Sumber: Gambar dari member pompuan gua di facebook
Sebenarnya, dalam minggu2 akhir gua kat kolej keramat ni sebelom nak final exam, tiap2 malam, gua memang susah nak tido. Kalau bukan jam 3 pagi, memang tak boleh. Pelik kan. Dah terbiasa tido lewat agaknya. Bukannya sebab study pon.
Ataupun, mungkin sebab lainnya gua terpikir bahawa gua bakal meninggalkan semua kawan2 gua kat UPSI ni untuk seketika atau untuk selamanya. Nobody knows.
Yes, hampir tiap2 malam gua pikir benda yang sama.
Macam manalah kehidupan gua selepas ni?
Sebabnya, ada yang nak ambik degree kat tempat lain. Tak pon, mungkin ada yang tak nak sambung.
Gua? No komen.

Sememangnya banyak kenangan yang tercipta selama gua bergelar mahasiswa UPSI.
Berkenalan dengan kawan2 yang datang dari pelbagai negeri, budaya & agama yang berbeza merupakan antara pengalaman yang menarik bagi gua. Belajar bersama2. Pergi kelas bersama2 (awal2 sem).

Haa, ni la antara kawan2 gua yang gua kenal & rapat dari Sem 1. Utagha ada. Pantai timor ada. Orang asli pon ada jugak.
Gambar: Semester 2. Anugerah Dekan Sem 1 2011/2012. Liju takdak dalam gambar.
Kawan2 pon bukan sahaja dari kos yang sama. Kos lain pon ada jugak. Berkembang sikit la social cycle gua kat sini. Makin ramai kawan, makin banyak ragam yang kita dapat. Ingat lagi kata2 salah sorang kawan gua, "Nak jaga hati orang nih memang susah... Lagi2 la bila kita ada ramai kawan..." Yes, I can feel it, bro.

Muka2 sem 1. Freshmen lagi. Kuruih2 belako.
Dan kata2 emas ni pulak baru ja gua jumpak tadi. Bunyinya begini,

"A strong friendship doesn't need daily conversation, doesn't always need togetherness. As long as the relationship lives in the heart, true friends will never part."

Pergh! Memang menusuk kalbu bhai ! Memang gua akn pegang kata2 ni sampai bila2.

Lepas tu, tak cukup dengan itu, daripada gua seorang mahasiswa sepenuh masa, gua diberi kesempatan pulak untuk belajar memegang amanah. Belajar memikul tanggungjawab dalam sesuatu organisasi.
Gua diberi peluang menjadi antara orang penting dalam kolej semasa gua berada di semester 3 & semester 4. Memang banyak benda yang gua belajar daripada sini. Mereka ibarat keluarga kedua gua di sini.

Nak tau apa yang gua dapat selama menjadi 'orang penting' kolej ni?
Haa, tengok balik post gua yang lepas.
Malas nak ulang balik benda yang sama kat sini.

1 Jun 2012 - 30 Jun 2013
Gambar: Kursus Timbang-Tara KHAR 2013 di Gambang, Pahang

Ni la keluarga kedua gua. JMK KHAR 2012/2013.
Gambar: Makan Malam Kolej2 Kediaman UPSI Kali Ke-9 di Ipoh.



Ok, tu je la kot sempat gua kongsikan. Tetiba pulak Abing & Helmi datang & bawak mai bihun goreng. Lapaq balik pulak. Last visit malam ni dari mereka.
Besok gua nak balik dah. Maafkan gua andai ada yang tersinggung dengan gua selama nih.
Moga kita dapat ketemu lagi di masa akan datang.

Selamat malam.







Monday 15 July 2013

MeseJ

Tak boleh nak lelapkan mata pulak. Otak tetiba aktif.
Pagi-pagi dapat mesej yang hampir serupa. Sorang melalui chatbox FB. Sorang lagi melalui handphone.
Agenda yang sama cuma masalah yang berbeza.
Apa kaitan aku dengan semua ni?

Sorang mengadu masalah...
"2.08 pagi: Fred, tension aku dengan (Program Oversea) nih... Banyak masalah. Bla bla bla..."

Sorang lagi takdak masalah pon sebenarnya. Haha.
"2.13 pagi: Fred, tolong check Paperwork OVERSEA (tak boleh sebut nama tempat) ni, esok nak jumpa puan..."

See, kebetulan pulak. Tarikh sama. Agenda yg sama. Waktu pon beberapa minit ja beza.

Huh, yang aku update blog pagi2 buta dengan bende alah ni pasal pa pulak? Entah. #wondering




Sunday 14 July 2013

Friday 12 July 2013

JMK: Keluarga Kedua di UPSI

                  Barisan pejuang KHAR sidang 2012/2013
                                                              cc: Kak Zati, nice art.

Salam Inspirasi.

Dah jadik mantan baru nak update pasal JMK. Haha. Update blog pon sebab JMK. Ramai JMK ada blog. Cuma tak jadik follower mereka lagi. 

Sebenarnya, aku berasa bersyukur sangat kerana diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada mereka, Yess. Sebahagian daripada keluarga INSPIRASI. Sebahagian daripada keluarga JMK atau Jawatankuasa Mahasiswa Kolej atau tersiratnya, Jawatankuasa Makan Kuat. HAHA. 

Banyak sgt yang aku belajar & peroleh sepanjang bergelar menjadi JMK. Hidup ber-JMK bukan sekadar berorganisasi atau berprogram tetapi turut mengajar aku erti persahabatan yang sebenar lebih2 lagi mostly mereka yang jadik JMK ni pangkat degree. 
Jadik JMK bukannya nak cari publisiti bak kata sesetengah orang... sorry sikit, takda tercatat dlm kamus hidup kami... Publisiti yg orang duk cakap tu adalah sebab gaya komunikasi kami dgn org luar... dgn penghuni kolej khasnya... Nak buat macam mana, jadik perantaraan antara penghuni & pihak felo & pentadbiran tu dh tugas kmi jugak...

Nak menggalas amanah atau tanggungjawab tu bukannya perkara mudah & bukan calang-calang orang yang boleh hadapinya. Kena kuat. kena tabah bak hang. Kadang-kadang memang stres pabila pihak Majlis Tertinggi duk bagitau minggu depan ade program, paperwork siap ke belom, laporan macam mana, ape progress kelab atau rakan exco & etc. ... Tapi, semua tu bukannya saja-saja 'dibangkitkan'... 
Itu dah jadik tanggungjawab kita... 
Tugas hakiki kita sbg orang kuat kolej... 
*sori MT, kdg2 aku boleh stres gak... haha. 

Jadik JMK kene selitkan nilai pengorbanan dlm diri tuh. Haa, dulu blajaq ja kat kelas. Jadik JMK kene aplikasikan bende tuh. Orang balik kampung cuti sem, JMK duk kolej, cuti kat kolej. Bukan sbab tak nak tinggalkan kolej, sbb nak buat program demi penghuni2 tercinta. 
Pernah sekali waktu aku first2 dapat jwatan nih, aku still kat Sarawak. Puas2 pujuk bos sebab tak dpt nak balik awal sbb dah terbeli tiket awal; ni ayat bos , "...harapnya lepas ni, abg nak Fred tau ape itu erti pengorbanan..." Haa. ambik aku! 

Dalam organisasi pon ade konfliknya jugak. masalah organisasi. masalah partner. masalah hati. masalah felo...(*eh). yela, nobody' perfect. Hurm, 37 orang, 37 ragam. 
Tapi, tak perlu nak di-mention kat sini. Walaupon dah mantan, semua tu masih menjadi rahsia dan hnya diri-sendiri yang tahu...

Ape2 pon, 1 Jun 2012-30 Jun 2013 nampak lama sgt tapi hakikatnya SINGKAT. Dari Majlis Anugerah Cemerlang 2012 sampailah program kedua terakhir Kursus Timbang Tara di Gambang...
Dalam tempoh tuh, banyak sangat perkara yg dilalui...
Mungkin singkat tapi bagi yang baru masuk separuh sidang kedua? Rasanya masa dia lagi singkat tp aku kagum sebab dia dpt adapt to the new environment & can accept everything that God have given him... 


 Terima kasih semua. terima kasih atas segala ilmu yang telah dicurahkan. 
 Terima kasih atas hubungan persahabatan & kekeluargaan yang diberikan.

Last, utk JMKHAR12/13, utk program TERAKHIR kita ke OVERSEA, tak kesah ke mana saja kita pergi nanti... (*walaupon semua plan nak pi Korea...)... SATU saja yg saya pinta, hrpnya kesemua 37 ahli keluarga INSPIRASI dpt pergi brsama-sama. 
Tak nak ada yg tertinggal... 

NO EXCUSE! LAST MOMENT TOGETHER!

Monday 27 May 2013

Random Post

Pergh. Dah b'habuk dah blog aku nih. Kalau perasan, last post aku adalah tahun 2011 yg lepas. Dua tahun yg lepas. Blog ni sebenarnya esaimen untuk subjek Teknologi Maklumat masa sem 1 dulu.
Apa2 pun, dlm tempoh dua tahun ni, bnyk jugak la yg aku tempuhi & lalui sbg mahasiswa UPSI. Hehe.
Mungkin lepas ni aku kene sentiasa update blog ni. Nak delete, sayang pulak. Blog ni la yg bg aku A dlm sbjek IT yg lepas. Hehe.
Hurm, that's all. No much words to say. Adieus!

Tuesday 13 September 2011

Kembara @ Sg. Samak…

                                           Welcome to Sg. Samak…

“Jom, pergi Sungai Samak lepas ni…” kata Abing lepas selesai saja ujian kimia pada pagi ahad tu…
Sebab kem Kembara Malam hari itu tak dapat dibuat di kawasan Sg. Samak gara-gara hujan lebat dan sebab kempunan tak dapat pergi pada hari sabtu sebelumnya (air pasang dan deras), jadi, kami semua pun ON sajalah! Peluang sekali-sekala! Tetapi, ini cuma untuk geng LELAKI sahaja…BAHAYA kalau bawa PEREMPUAN…hahaha…Kepada yang perempuan, jangan marah kalau tak ajak hari itu…huhu
Lepas habis makan tengahari, kira-kira pukul 12 tengahari, bermulalah konvoi berbasikal kami! Sebanyak sebelas basikal yang ditempah…Dengan itu, ’Le tour de Tanjung Malim” oleh Abing, Helmi, Haniff, saya, Fiqry, Nazmi, Liju, Nadim, Amirul, Zul dan Ezad pun bermula…! Macam ‘Le tour de Langkawi’ la pula…hahaha…



Jalan masuk ke TERATAK OVERVIEW tu taklah jauh sangat..Kira-kira 15-30 minit saja…Tapi, jalannya tidak rata, berlubang dan berbukit! Jadi, kepada sesiapa yang nak pergi tu, hati-hati, ok?
On the way pergi sana pun sempat juga si Helmi ni main mercun! Dalam diam, NAKAL juga kawan saya ni…hehe…
Masa lalu pondok kubur tu, memang semuanya PECUT! Takut-takut nanti terserempak dengan ‘mak cik’ pula! kahkahkah…!

                                          Airnya sejuk sekali…Deras lagi tu…

Dah lama dah tak mandi air sungai…masa mandi tu pun teringat juga kampung mak saya di kawasan hulu sungai di Sarawak…memang sebiji!... memang rugi betul kalau tak ikut pergi sana…
Sebenarnya, kami bukannya sengaja nak pergi mandi-manda di sungai tu…Oleh sebab tension sangat dengan assignment yang bertimbun-timbun jadi, kami semua terus bercadang nak pergi ke Sg. Samak ni…Pelajar ni sebenarnya bukan sekadar menatap buku setiap hari…Sekali-sekala, otak kita juga memerlukan rehat walaupun untuk beberapa minit kerana itu pun sudah memadai…Kami pergi sana pun sebab nak mengeratkan lagi tali persahabatan di antara kami semua…Persahabatan antara kami juga tidak mengenal agama dan bangsa…semuanya diterima…

                                          Jejaka-jejaka idaman se-Malaya…cehcehceh…!


Memang syok betul masa mandi di sana…airnya sejuk dan mengalir dengan deras…tapi, kami semua tidaklah sampai pergi ke kawasan yang deras tu…sebab, KESELAMATAN DIRI adalah yang terutama masa tu…
Sememangnya perangai kami semua agak berbeza ketika itu…Kalau di kelas, memang semuanya nampak diam…TETAPI, masa itu perangai semuanya memang GILA TAHAP DEWA !...hahaha…. ada yang bersantai di atas batu macam ikan duyung, ada yang bergayut di akar kayu macam Tarzan, ada yang sempat membuat video klip dengan lagu “UK’s – Bila diri disayangi” dan yang paling LAWAK, ada yang mandi sampai SELUAR dia terkoyak! Hahahaa…Masa itu tak ada seorang pun yang perasan…Kalau tak, memang MALU besarlah kawan saya tu pada hari itu…


                                         ENAM bersaudara…^^

Masa mandi tu pun badan terketar-terketar…bercakap pun terketar-terketar…hahaha…

Sebelum balik tu, memang Abing ni TERBAIKLAH! Dia sanggup tak makan di rumah gara-gara nak makan di Sg. Samak tu…Dia siap bawa kerepek kentang lagi…
Sebenarnya, itulah yang along ni nak sebelum pergi ke Sg. Samak tu…Dia nak buat piknik! Nak barbeque…Tapi, masa yang menghalang semuanya sebab kami semua pergi sana pun ON THE SPOT

                                          Makan time…..^^

Keadaan air sungai pada petang tu yang tiba-tiba saja mengalir dengan deras dan laju, menyebabkan kami semua mengucapkan SELAMAT TINGGAL kepada tempat tu… Kalau ada peluang, kami semua cadang nak bawa satu Group B Sains (Maths) pula lepas ni iaitu sebelum peperiksaan akhir semester satu bermula…
Apa-apapun, terima kasih semua! Persahabatan kita tetap akan kukuh walau di mana saja kita berada…

                                          “SELAMAT TINGGAL, SG. SAMAK…”

Kata-kata MUtiara SAHABAT dalam SATU KALIMAT...

Kata-kata mutiara sahabat dalam satu taklimat??
Bukannya tentang percintaan tapi tentang persahabatan...
Sahabat yang baik merupakan sahabat yang sanggup berkawan dengan kita bukan kerana status kita kaya, berpenampilan dan segala kelebihan yang ada pada diri kita...
Setiap manusia ada kelebihannya....
Tiada manusia yang sempurna...

Kata-kata mutiara sahabat dalam sahabat...
Sahabat itu adalah yang setia kepada kita, walaupun ketika kita duka; apatah lagi suka...

Kata-kata mutiara sahabat dalam masa...
Masa bersahabat adalah masa ketika kita saling berbagi dan menasihati...

Kata-kata mutiara sahabat dalam sejarah...
Mengukir masa lalu bersama sahabat adalah sejuta ilmu dalam episod sejarah mulia nyata...

Kata-kata mutiara sahabat dalam cita...
Tiada harapan terindah seindah cita-cita bersama sahabat, bermimpi menggapai bintang walau lelah tak kenal kata henti...

Kata-kata mutiara sahabat dalam abadi
Memiliki 1 sahabat lebih baik daripada 1000 sahabat yang mengajak kita ke arah keburukan...

Kata-kata mutiara sahabat dalam mutiara...
Sahabat itu bagaikan mutiara. Walaupun lama pemprosesannya, namun indah kejadiannya...





Begitulah antara sedikit sebanyak tentang KATA-KATA MUTIARA SAHABAT DALAM SATU KALIMAT...Harap-harap anda semua dapat menghayatinya dan memahaminya...
Kepada sahabat-sahabat saya juga, jadikan ini sebagai pedoman hidup kita... Mudah-mudahan, persahabatan kita akan kekal selamanya....