Friday 4 October 2013

Mantan KHARian


Salam dari En. Penghuni.

Gatal pulak mata gua sebab debu. Gua baru ja siap packing barang. Esok gua bakal ‘berlepas’ ke bumi kelahiran gua, Sarawak terchenta. Ditemani pulak dengan koleksi lagu-lagu Indonesia dalam playlist gua.
Fuhh, memang menghangatkan suasana.
Yep, kali ni gua kena bawak balik semua barang2 gua. Almaklum, gua sudah jadik Ex-KHARian dah.
Gua bukan lagi penghuni Kolej Harun Aminurrashid secara rasmi bermula semalam. Tapi, nasib baik ayah gua datang kolej beberapa minggu lepas, so, bolehlah gua pos buku2 & sedikit pakaian gua melalui dia. Tak mampu bro nak bawak sekaligus balek cuti sem nih. Haha, thank you Boss!

Sebenarnya, gua baru ja habis final exam semalam, 3/10/2013.
Final Exam Semester 5 Diploma gua di UPSI. Yang terakhir.
Semester depan pulak gua & kawan-kawan gua bakal berpraktikal sebagai salah satu syarat untuk graduate tahun depan (*God bless).

Ni la gambaran kolej gua. Kolej Harun Aminurrashid. Berlatarbelakangkan Banjaran Titiwangsa.
Sumber: Gambar dari member pompuan gua di facebook
Sebenarnya, dalam minggu2 akhir gua kat kolej keramat ni sebelom nak final exam, tiap2 malam, gua memang susah nak tido. Kalau bukan jam 3 pagi, memang tak boleh. Pelik kan. Dah terbiasa tido lewat agaknya. Bukannya sebab study pon.
Ataupun, mungkin sebab lainnya gua terpikir bahawa gua bakal meninggalkan semua kawan2 gua kat UPSI ni untuk seketika atau untuk selamanya. Nobody knows.
Yes, hampir tiap2 malam gua pikir benda yang sama.
Macam manalah kehidupan gua selepas ni?
Sebabnya, ada yang nak ambik degree kat tempat lain. Tak pon, mungkin ada yang tak nak sambung.
Gua? No komen.

Sememangnya banyak kenangan yang tercipta selama gua bergelar mahasiswa UPSI.
Berkenalan dengan kawan2 yang datang dari pelbagai negeri, budaya & agama yang berbeza merupakan antara pengalaman yang menarik bagi gua. Belajar bersama2. Pergi kelas bersama2 (awal2 sem).

Haa, ni la antara kawan2 gua yang gua kenal & rapat dari Sem 1. Utagha ada. Pantai timor ada. Orang asli pon ada jugak.
Gambar: Semester 2. Anugerah Dekan Sem 1 2011/2012. Liju takdak dalam gambar.
Kawan2 pon bukan sahaja dari kos yang sama. Kos lain pon ada jugak. Berkembang sikit la social cycle gua kat sini. Makin ramai kawan, makin banyak ragam yang kita dapat. Ingat lagi kata2 salah sorang kawan gua, "Nak jaga hati orang nih memang susah... Lagi2 la bila kita ada ramai kawan..." Yes, I can feel it, bro.

Muka2 sem 1. Freshmen lagi. Kuruih2 belako.
Dan kata2 emas ni pulak baru ja gua jumpak tadi. Bunyinya begini,

"A strong friendship doesn't need daily conversation, doesn't always need togetherness. As long as the relationship lives in the heart, true friends will never part."

Pergh! Memang menusuk kalbu bhai ! Memang gua akn pegang kata2 ni sampai bila2.

Lepas tu, tak cukup dengan itu, daripada gua seorang mahasiswa sepenuh masa, gua diberi kesempatan pulak untuk belajar memegang amanah. Belajar memikul tanggungjawab dalam sesuatu organisasi.
Gua diberi peluang menjadi antara orang penting dalam kolej semasa gua berada di semester 3 & semester 4. Memang banyak benda yang gua belajar daripada sini. Mereka ibarat keluarga kedua gua di sini.

Nak tau apa yang gua dapat selama menjadi 'orang penting' kolej ni?
Haa, tengok balik post gua yang lepas.
Malas nak ulang balik benda yang sama kat sini.

1 Jun 2012 - 30 Jun 2013
Gambar: Kursus Timbang-Tara KHAR 2013 di Gambang, Pahang

Ni la keluarga kedua gua. JMK KHAR 2012/2013.
Gambar: Makan Malam Kolej2 Kediaman UPSI Kali Ke-9 di Ipoh.



Ok, tu je la kot sempat gua kongsikan. Tetiba pulak Abing & Helmi datang & bawak mai bihun goreng. Lapaq balik pulak. Last visit malam ni dari mereka.
Besok gua nak balik dah. Maafkan gua andai ada yang tersinggung dengan gua selama nih.
Moga kita dapat ketemu lagi di masa akan datang.

Selamat malam.