Tuesday 13 September 2011

Kembara @ Sg. Samak…

                                           Welcome to Sg. Samak…

“Jom, pergi Sungai Samak lepas ni…” kata Abing lepas selesai saja ujian kimia pada pagi ahad tu…
Sebab kem Kembara Malam hari itu tak dapat dibuat di kawasan Sg. Samak gara-gara hujan lebat dan sebab kempunan tak dapat pergi pada hari sabtu sebelumnya (air pasang dan deras), jadi, kami semua pun ON sajalah! Peluang sekali-sekala! Tetapi, ini cuma untuk geng LELAKI sahaja…BAHAYA kalau bawa PEREMPUAN…hahaha…Kepada yang perempuan, jangan marah kalau tak ajak hari itu…huhu
Lepas habis makan tengahari, kira-kira pukul 12 tengahari, bermulalah konvoi berbasikal kami! Sebanyak sebelas basikal yang ditempah…Dengan itu, ’Le tour de Tanjung Malim” oleh Abing, Helmi, Haniff, saya, Fiqry, Nazmi, Liju, Nadim, Amirul, Zul dan Ezad pun bermula…! Macam ‘Le tour de Langkawi’ la pula…hahaha…



Jalan masuk ke TERATAK OVERVIEW tu taklah jauh sangat..Kira-kira 15-30 minit saja…Tapi, jalannya tidak rata, berlubang dan berbukit! Jadi, kepada sesiapa yang nak pergi tu, hati-hati, ok?
On the way pergi sana pun sempat juga si Helmi ni main mercun! Dalam diam, NAKAL juga kawan saya ni…hehe…
Masa lalu pondok kubur tu, memang semuanya PECUT! Takut-takut nanti terserempak dengan ‘mak cik’ pula! kahkahkah…!

                                          Airnya sejuk sekali…Deras lagi tu…

Dah lama dah tak mandi air sungai…masa mandi tu pun teringat juga kampung mak saya di kawasan hulu sungai di Sarawak…memang sebiji!... memang rugi betul kalau tak ikut pergi sana…
Sebenarnya, kami bukannya sengaja nak pergi mandi-manda di sungai tu…Oleh sebab tension sangat dengan assignment yang bertimbun-timbun jadi, kami semua terus bercadang nak pergi ke Sg. Samak ni…Pelajar ni sebenarnya bukan sekadar menatap buku setiap hari…Sekali-sekala, otak kita juga memerlukan rehat walaupun untuk beberapa minit kerana itu pun sudah memadai…Kami pergi sana pun sebab nak mengeratkan lagi tali persahabatan di antara kami semua…Persahabatan antara kami juga tidak mengenal agama dan bangsa…semuanya diterima…

                                          Jejaka-jejaka idaman se-Malaya…cehcehceh…!


Memang syok betul masa mandi di sana…airnya sejuk dan mengalir dengan deras…tapi, kami semua tidaklah sampai pergi ke kawasan yang deras tu…sebab, KESELAMATAN DIRI adalah yang terutama masa tu…
Sememangnya perangai kami semua agak berbeza ketika itu…Kalau di kelas, memang semuanya nampak diam…TETAPI, masa itu perangai semuanya memang GILA TAHAP DEWA !...hahaha…. ada yang bersantai di atas batu macam ikan duyung, ada yang bergayut di akar kayu macam Tarzan, ada yang sempat membuat video klip dengan lagu “UK’s – Bila diri disayangi” dan yang paling LAWAK, ada yang mandi sampai SELUAR dia terkoyak! Hahahaa…Masa itu tak ada seorang pun yang perasan…Kalau tak, memang MALU besarlah kawan saya tu pada hari itu…


                                         ENAM bersaudara…^^

Masa mandi tu pun badan terketar-terketar…bercakap pun terketar-terketar…hahaha…

Sebelum balik tu, memang Abing ni TERBAIKLAH! Dia sanggup tak makan di rumah gara-gara nak makan di Sg. Samak tu…Dia siap bawa kerepek kentang lagi…
Sebenarnya, itulah yang along ni nak sebelum pergi ke Sg. Samak tu…Dia nak buat piknik! Nak barbeque…Tapi, masa yang menghalang semuanya sebab kami semua pergi sana pun ON THE SPOT

                                          Makan time…..^^

Keadaan air sungai pada petang tu yang tiba-tiba saja mengalir dengan deras dan laju, menyebabkan kami semua mengucapkan SELAMAT TINGGAL kepada tempat tu… Kalau ada peluang, kami semua cadang nak bawa satu Group B Sains (Maths) pula lepas ni iaitu sebelum peperiksaan akhir semester satu bermula…
Apa-apapun, terima kasih semua! Persahabatan kita tetap akan kukuh walau di mana saja kita berada…

                                          “SELAMAT TINGGAL, SG. SAMAK…”

Kata-kata MUtiara SAHABAT dalam SATU KALIMAT...

Kata-kata mutiara sahabat dalam satu taklimat??
Bukannya tentang percintaan tapi tentang persahabatan...
Sahabat yang baik merupakan sahabat yang sanggup berkawan dengan kita bukan kerana status kita kaya, berpenampilan dan segala kelebihan yang ada pada diri kita...
Setiap manusia ada kelebihannya....
Tiada manusia yang sempurna...

Kata-kata mutiara sahabat dalam sahabat...
Sahabat itu adalah yang setia kepada kita, walaupun ketika kita duka; apatah lagi suka...

Kata-kata mutiara sahabat dalam masa...
Masa bersahabat adalah masa ketika kita saling berbagi dan menasihati...

Kata-kata mutiara sahabat dalam sejarah...
Mengukir masa lalu bersama sahabat adalah sejuta ilmu dalam episod sejarah mulia nyata...

Kata-kata mutiara sahabat dalam cita...
Tiada harapan terindah seindah cita-cita bersama sahabat, bermimpi menggapai bintang walau lelah tak kenal kata henti...

Kata-kata mutiara sahabat dalam abadi
Memiliki 1 sahabat lebih baik daripada 1000 sahabat yang mengajak kita ke arah keburukan...

Kata-kata mutiara sahabat dalam mutiara...
Sahabat itu bagaikan mutiara. Walaupun lama pemprosesannya, namun indah kejadiannya...





Begitulah antara sedikit sebanyak tentang KATA-KATA MUTIARA SAHABAT DALAM SATU KALIMAT...Harap-harap anda semua dapat menghayatinya dan memahaminya...
Kepada sahabat-sahabat saya juga, jadikan ini sebagai pedoman hidup kita... Mudah-mudahan, persahabatan kita akan kekal selamanya....

Tips menjadi SAHABAT TERBAIK!



Kawan-kawan... Bagaimana untuk menjadi SAHABAT yang baik ??

Sahabat itu sulit untuk di dapatkan sob, maka jangan di sia-siakan jika kamu telah mendapatkanya, jagalah dia agar senantiasa nyaman di samping kita. Nah bagaimanakah seharusnya?? Simak Tips Menjadi seorang Sahabat ini...

Yang pertama, SELALU ADA...

Kadang - kadang kita selalunya suka berkawan dengan seseorang ketika dia dalam kesenangan...Tapi, ketika dia berada dalam kesusahan, kita mula menjauhinya...Takut-takut nanti kita pula yang terkena bias kesusahannya...
Dalam persahabatan, tindakan tersebut seharusnya dielakkan... Keadaan seperti itulah di mana sahabat kita amat memerlukan kita... Saat itu jugalah dimana kita dapat membuktikan bahawa kita adalah teman terbaik untuknya...


Yang kedua, JANGAN EGO..
Sikap ini juga dapat menilai sama ada kita ni seorang sahabat yang baik ataupun sebaliknya...

Ingat! Dalam sesuatu tindakan, jangan sesekali mementingkan diri kita dan pada yang sama, kita juga harus menilai kepentingan sahabat kita...

Yang ketiga, BERANI MENGAKU KESALAHAN
Ketika kita merasa kita ada berbuat salah terhadap sahabat kita, minta maaflah kepada sahabat kita tu...
Janganlah sampai kita tidak mengaku kesalahan kita dan hanya berdiam sahaja kerana tindakan inilah yang mampu menjejaskan persahabatan kita dengan sahabat kita...

Yang keempat, BERI NASIHAT
Dalam persahabatan, kita juga kena pandai memberi nasihat kepada sahabat kita ketika dia berada dalam kesusahan... Kalau masa kita dalam kesusahan pula, janganlah segan untuk meminta nasihat daripada mereka kerana takut nanti sahabat kita fikir kita ni sekadar pandai memberi nasihat tapi kita pula tak nak menerima nasihat daripada mereka pula...

Yang seterusnya, SALING MEMBANTU DAN MEMAHAMI
Tindakan ini merupakan antara aspek terpenting dalam persahabatan... Misalnya, kalau sahabat kita menghadapi kesusahan, kita harus ada sikap saling mengerti... Sebagai teman yang baik, kita wajar membantunya menyelesaikan masalah sahabat kita itu... Bantulah sahabat kita itu ketika dia dalam kesusahan kerana nescaya, persahabatan antara kita dengan sahabat kita itu akan menjadi kukuh...

Kehilangan sahabat sangat menyakitkan... apatah lagi apabila seseorang sahabat itu telah pergi jauh meninggalkan kita dan dunia ini disebabkan sikap kita... Semumur hidup pun kita akan menyesal hanya kerana mensia-siakan sahabat kita...

Jadi, jagalah sahabat kita sebaik mungkin kerana kehadirannya sangat bermakna...


Kepada sahabat-sahabatku semua, TERIMA KASIH kerana menjadi sahabatku!

“…tuu lah…lain kali, jangan pergi main malam-malam…”

Hye, bertemu lagi kita dalam rancangan….cehcehceh…macam pengacaralah pula! Hahaha…Main-main saja…

Baiklah, kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua tentang…ermmm…satu kisah yang agak menarik yang terjadi sebelum kami bercuti untuk menyambut hari raya selama seminggu… Nak tahu tak?? Jom, kita baca POST ini!

Kisah ini terjadi pada malam Jumaat…Hari khamis…Ini bukan kisah SERAMlah…hahaha...Ada seorang kawan ni, Faiz namanya, dia cadang nak buat perlawanan MAIN FUTSAL antara BUDAK FIRST INTAKE dengan BUDAK SECOND INTAKE…Kiranya ini adalah perlawanan PERSAHABATAN antara kami semua…Sebab masa itu kami pun belum kenal sangat dengan pelajar-pelajar second intake ni…Hanif, atlet bola tampar MASUM, setujulah dengan cadangan dia itu dan terus nak buat satu team untuk perlawanan itu nanti…Mulanya, saya memang tak nak join mereka…Maklumlah, saya ni sebenarnya KAKI BANGKU! Hahaha…Tapi, mereka semua ajak join sekali…”Kalau tak pandai main, tengok-tengok saja pun boleh…jadi PENYORAK!”, kata si Faiz tu… Hahaha…

Malam itu, saya pula yang bersemangat nak pergi…tak tahu kenapa…hahaha…Ingatkan nak pergi kampus jalan kaki tapi, rasa malas pula…Jadi, kami orang, saya, Hanif, Nazmi, Helmi dan Nadim pun kumpul-kumpul duit lalu naiklah teksi…Sampai saja di kampus, ingatkan tambang teksi RM5, rupa-rupanya, RM8! Pak cik itu kata sebab maksimum jumlah penumpang adalah 4 orang..jadi, kalau lebih, KENALAH BAYAR LEBIH…! TAMAK benolah pak cik itu!

Sampai saja di padang futsal itu, memang ‘pihak lawan’ dah sedia menanti dah! Macam sudah bersedia 100% lagi nak ‘tumpaskan’ kami! Siap berlatih lagi…Lepas itu, bermulalah permainannya! Separuh masa pertama itu, sayalah yang bermain! Kahkahkah…! Ermmm…bolehlah kalau sekadar sepak bola itu…tidak apa, belajar dan ambil pengalaman saja…huhu

Kalau nak tahu, pelajar-pelajar second intake ni memang HANDAL belaka! Mereka saja yang dapat menjaringkan GOL pada setiap masa! Tapi, relakslah…Ini cuma perlawanan persahabatan..bukannya perlawanan betul-betul…huhu…(nak cover la tu…)…Hanya Hanif dengan Liju saja yang boleh dikatakan menjaringkan banyak GOL untuk pasukan kami…! Dalam kami bermain itu, ada juga yang bermain sampai seluar dia TERKOYAK! Pasukan saya lagi tu! Mana tak nya, dia seorang yang pakai seluar slack untuk bermain futsal! hahahaa… Memang lawaklah! Nak tahu tak siapa??? Haaa...hanya kami saja yang tahu! Sorry…

Baru pukul 11.30 malam, tiba-tiba penjaga stor sukan tu suruh kami orang berhenti bermain…kami pun apalagi, baliklah dari situ…walaupun masa tu dah pukul sebelas lebih dan bas memang dah tak ada dah, sempat juga pasukan saya ni bergambar di pintu timur kampus tu…!

                                           Team futsal…masa: 11.45 malam…^^

                                          Gembira sakan masa tu!!

Jadi, nak tak nak, jalan kaki sajalah balik ke kolej kediaman…lepas tu, sempat juga kami orang singgah di kedai mamak depan kolej tu…dah tahu dah yang masa tu dah pukul 12.30 pagi, tapi, sebab ada orang nak belanja makan ROTI TISU, ON sajalah! Hahaha…masa makan pun sempat juga bersembang panjang…

                                          ROTI TISU…KEDAI MAMAK…masa : 00.25 pagi…

Masa tu, memang kolej dah sunyi dah…tidak ada lagi penghuni yang keluar masuk kolej…Kami pula berjalan macam ‘orang yang tak bersalah’…siap bersembang lagi…hahaha…
 “ Kamu semua TAK BOLEH masuk, dik…Saya kena tanya bos saya dulu, dik…”
Haaa…! PADAN MUKA! Kan dah KENA! Memang muka semua CUAK sangat masa tu! Sampai sanggup duduk di tengah jalan macam banduan yang kena tahan tu…Takut nanti nama diambil dan diserahkan pada pengetua kolej…! Tapi, masa tu, sempat juga kami mengambil gambar…hahaha…memang tak ada rasa takut langsunglah kami semua ni…hahaha…

                  MUKA CUAK! Kena TAHAN Pak Guard! PADAN MUKA! Kuakuakua…!

‘Pergi mana sampai balik malam-malam gini?!’, ‘dah pukul berapa dah sekarang?!’, ‘ada bawa KAD MATRIK tak?!’…kata pak cik guard…Hanya kerana kad matrik itulah kami semua akhirnya ‘terlepas’! hahahaha…” muka muka semua ni saya akan ingat! Kalau esok kamu semua masih lagi buat macam ni, kamu semua takkan masuk kolej jadinya!”…semua DIAM…
lepas tu, tiba-tiba... ”SELAMAT HARI RAYA!”ucap Pak cik tu sambil tersenyum…hahaha…semua terkejut dan tersenyum…
”itulah, siapa suruh pergi main malam-malam…”…sambungnya…

Haaa…kisah ini harus dijadikan teladan…ingat kawan-kawan, jangan sampai perkara ni berulang lagi…Pak guard tu dah KENAL dah kita ni…hahaha…memang SAHABAT TERBAIKLAH kamu semua ni!!!

Monday 12 September 2011

Faris Siraf...

Walaupun hanya berkawan selama SETAHUN sahaja, tetapi, dalam masa yang sesingkat itu, saya memang dah kenal sangatlah dengan perangai kawan saya si FARIS ni…Fesyen rambut ala-ala JUSTIN BIEBER, berbangsa MELAYU SARAWAK-MELANAU-CINA, saya mula mengenalinya sejak Tingkatan Dua…tapi, masa itu belum rapat lagi…Kawan saya ni pernah bersekolah di St. Mary, Sibu sebelum berpindah ke SMK Teknik, Bintulu, Sarawak…Lepas itu, pada tahun 2007, dia berpindah pula ke sekolah ‘keramat’ saya iaitu SMK Methodist, Sibu…Ingatkan dia akan masuk kelas kami memandangkan ramai kawan-kawannya di sini yang kata dia merupakan PELAJAR CEMERLANG sejak dari bangku sekolah rendah…

Daripada  luaran, kalau sesiapa yang terserempak dengan si Faris ni, memang ramai yang akan anggap bahawa dia ni seorang yang SOMBONG! Mana tak nya, Faris ni memang jarang senyum dan hanya akan senyum apabila bersama dengan kawan-kawan rapatnya…Sebenarnya, dia taklah SOMBONG atau JAHAT mana pun…memang sikap dia macam itu…Dulu, saya pun pernah menganggap dia jenis yang tidak suka berkawan…Tetapi, sekarang baru saya tahu yang dia ni seorang yang agak LAWAK dan juga FRIENDLY !...hahaha…Saya mula rapat dengan Faris ni semasa berada di Tingkatan Lima… Dia ni pun SEBIJI macam Kong …PENDIAM… hahaha …tapi, tidak apalah … Dah masak benolah dengan perangai orang macam itu…huhu…

Dari segi akademik, dia ni boleh tahan jugalah…Memang pantaslah dia dapat 8A dalam PMR 2008 dan masuk dalam KELAS SAINS TERBAIK semasa tingkatan 4 dan tingkatan 5! Semasa berada dalam tingkatan 2 dan tingkatan 3 dulu pun dia ni selalu saja dapat TOP 3 dalam kelas…huhuhu…Tahun lepas, dia juga merupakan PELAJAR CEMERLANG dalam subjek TASAWWUR ISLAM..!!! Dalam SPM tahun lepas pula, fuhhh…memang STRAIGHT A le dia ni…semua A untuk 11 SUBJEK!! Memang pantas jugalah JPA ‘datang’ untuk menaja si Faris ni…hahaha…Sekarang, dia tengah melanjutkan pelajaran dalam bidang ENGINEERING…Dua tahun kat Negeri Sembilan, Malaysia…Lepas tu, sambung pula kat OVERSEA…nak tau tak ke mana??? Hahaha…University of Harvard!! Universiti yang TERBAIK di  dunia tu … hahaha …Memang TERBAIKlah dia ni!! Tapi, kalau anda semua nak tahu, dia ni kadang-kadang agak PEMALAS orangnya …hahaha…Dulu, masa cikgu BI suruh hantar esei, pasti alasannya tetap sama … ”Alamak! Lupa nak siapkan..!”(sambil tersenyum-senyum…)…hahaha…Hampir tiap-tiap minggu saya dengar alasan yang sama saja…Cikgu BI tu pun bukannya kisah sangat kalau pelajar nak hantar ke tak nak kerja rumah mereka…Mungkin sebab tu kawan saya ni bersikap macam itu…huhu…Tapi, dia ni EXCEL jugalah dalam BI…

Sebut saja pasal PERTANDINGAN ROKET AIR, memang kawan saya seorang ni lah yang akan mengajar peserta-peserta yang akan mengikuti pertandingan ni…Mana tak nya, dari tingkatan 2 lagi dia ni wakil sekolah dalam pertandingan itu…Dia jugalah yang JUARA dalam pertandingan ni semasa dia tingkatan 4 dulu!...Memang tak hairanlah dia ni dipilih oleh cikgu sebagai NAIB PENGERUSI KELAB SAINS dan MATEMATIK SIDANG 2009/2010 …hahaha…Dalam KUIZ PELANCONGAN (peringkat negeri & kebangsaan…) pula, dia ni pernah wakil sekolah…JOHAN PERINGKAT NEGERI! dan TEMPAT KETIGA PERINGKAT KEBANGSAAN…!

BERGADUH??? Ermmm…rasanya TAK PERNAH pun…Macam saya dengan Kong…Kalau ada rasa tidak puas hati (tidaklah kerap sangat…), kami orang diam sahaja untuk beberapa minit…bukannya BERHARI-HARI atau BERMINGGU-MINGGU…Sebab, saya ni jenis orang yang tak suka TIDAK BERCAKAP! Kalau boleh, SEKALI pun saya tak nak bergaduh dengan semua rakan-rakan saya…hahaha…

Faris ni pun macam saya juga…dua-dua BEKAS PLKN…hahaha…Tapi, saya FIRST BADGE dan dia pula SECOND BADGE…Saya di BINTULU dan dia pula di SIBU…hahaha…Kalau nak tahu, masa dia dapat tahu yang dia TERPILIH untuk mengikuti PLKN dulu, memang dia agak TERTEKAN! Masa itu juga dia tengah SYOK buat ESEI BI tapi, lepas dapat mesej tu, terus BERHENTI di situ saja…hahahaha…Sebab, saya tahu yang si Faris ni bukanlah jenis orang yang LASAK sangat…Apa-apa pun, sabar saja la, Faris…
Akhir sekali, kalau ada masa, harap nanti kita orang dapat bersua lagi…Lagi satu, nanti kalau belajar di NEGARA ORANG, ingat-ingatlah kawan-kawan di sini…Jaga diri elok-elok…BELAJAR BETUL-BETUL…

Apa-apa pun, Faris….”TERIMA KASIH KERANA MENJADI SAHABATKU!”…^^ 

SAHABAT SETIA…

Badan yang agak kecil, rambut berkerinting, bercermin mata…haa…Itulah antara ciri-ciri kawan saya seorang ni…Daripada namanya itu, anda semua dah memang boleh agak dah yang kawan saya ni berbangsa CINA…hahaha…Tapi, pelik kan? Kenapalah saya boleh berkawan dengan orang cina sedangkan saya nie orang iban…haaa…Itulah SATU MALAYSIA namanya …hahaha… sebenarnya, saya boleh kecheh bahasa cina…hahaha…taklah pandai sangat…setakat yang basic tu bolehlah…Parents saya pun tak melarang saya berkawan dengan orang yang berbangsa lain sebab itu yang mereka mahukan…Kalau boleh, mereka nak saya boleh berbahasa lebih daipada satu bahasa! …

Sebenarnya, saya mula rapat dengan Kong ni sejak dari Tingkatan Dua… Sebab?? Haa…ceciter-ceciter…hahaha…Dulu, semasa berada dalam Tingkatan Satu, dia selalu saja dapat TOP 3 dalam kelas! Dalam final exam pula, dia dapat TOP 1 dan saya pula dapat TOP 3!... jadi, masa tu memang dah tahu dah yang TOP 5 keatas akan pindah kelas masa Form 2 nanti…

Memang tak salah lah saya memilih dia nie sebagai KAWAN RAPAT!... Sebenarnya, dialah yang mendorong saya untuk meminati subjek MATEMATIK…Kong ni memang ‘gila’ beno dengan subjek kira-kira ni…ada sekali ketika dia menyertai Kuiz Matematik anjuran University of New South Wales, Australia, dia telah mendapat HIGH DISTINCTION! Saya pula, sekadar dapat PARTICIPATION..huhu… Subjek sejarah merupakan subjek yang paling kawan saya ni tak suka…hahaha…memang tak ada  semangat patriotiklah dia ni…hahaha…Kalau cikgu mengajar kat depan, dia pula TIDUR kat belakang…memang dia ni langsung tak ada minat dalam subjek ni…tapi, dalam SPM tahun lepas, dia dapat juga A dalam subjek itu…Dia ni juga boleh tahan dalam subjek fizik dan juga matematik tambahan…Mana tak nya, subjek ni pun melibatkan pengiraan…macam matematik…huhu…

                                          Kong..sahabat setia...!

Kalau dilihat secara fizikal, memang tak ada apa-apa lah dengan kawan saya ni…tetapi, sebenarnya dia ni mempunyai rutin harian yang agak padat!...Setiap hari penuh dengan tuisyen, latihan piano, latihan taekwando dan hujung minggu pula, sibuk dengan aktiviti unit beruniformnya – BRIGED PUTERA…Walaupun begitu, dia pandai membahagikan masanya dengan baik…Itulah ciri istimewa yang ada pada kawan saya ni…BERGADUH?? Haa…setakat ni, memang TAK PERNAH! Memang tak minta pun…Kalau ada perselisihan, kami orang DIAM saja…lepas itu, OK la…Kadang-kadang saya memang tak suka dengan sikap dia ni yang kadang-kadang SUKA MENDIAMKAN DIRI! Tapi, sebab nak menjaga persahabatan, saya diam saja…malas nak layan…Dari segi pemakanan, dia ni memang mengamalkan GAYA HIDUP SIHAT! Dia tak suka makan makanan yang BERMINYAK…Dalam diam juga, kawan saya ni sudah pandai BERCINTA! Pewitt..!! Kalau tak silap, sampai sekarang pun dia masih lagi bersama dengan awek dia tu…memang KUKUH benOlah tali percintaan mereka ni…hahaha…

Orang kata, “kawan rapat memang tak boleh dipisahkan!”...Pernyataan ini jelas sekali apabila kami berdua telah TERPILIH untuk menyertai PLKN…bagi SIRI PERTAMA…di kem yang SAMA iaitu di KEM PLKN SIMILAJAU, BINTULU, SARAWAK!...memang terkejut GILER masa itu! Kalau cakap pasal CITA-CITA pula, Kong ni memang bersemangat nak jadi ENGINEER! CIVIL ENGINEERINGlah yang menjadi idamannya…Dengan keputusan A+ dalam subjek ADD MATHS, MATHS dan A dalam FIZIKnya, sekarang ni dia telah pun berjaya melanjutkan pelajarannya dalam FOUNDATION IN ENGINEERING di University of Nottingham, Kuala Lumpur… TAHNIAH saya ucapkan…!!
Hmm…walaupun sekarang dah tak dapat berjumpa lagi kerana masing-masing mengikut haluan sendiri namun kami masih lagi SAHABAT YANG AKRAB!

Akhir sekali, Kong….”TERIMA KASIH KERANA MENJADI SAHABATKU!”…^^

SAHABAT...

Ermm…sahabat…setiap orang berhak memiliki sahabat…seorang sahabat pun tak pe…sekurang-kurangnya ada juga yang sanggup bersama dengan kita…berkongsi masalah dengan kita…belajar bersama-sama…tetapi, kalau lebih daripada seorang sahabat, haa…itu lagilah MERIAHH!! Ramai kawan, banyaklah ragamnya…Hahaha…sebenarnya, persahabatan tidak mengenal jantina…maksudnya, kaum lelaki bukan hanya boleh berkawan dengan kaum lelaki sahaja tetapi dengan kaum perempuan pun apa salahnya…apa yang penting, pergaulan itu yang harus dibataskan…tidak semestinya seorang teruna dengan seorang anak dara berjalan bersama-sama akan automatik DICOP sebagai KEKASIH!  Laaa…manalah ada macam tu…kemungkinan mereka berdua tu ADIK-BERADIK ataupun memang KAWAN KARIB sejak kecil…janganlah terus menfitnah orang macam tu tanpa sebab…huhuhu…

Bak kata orang, ‘kekasih biar SATU, kawan biarlah SERIBU..’…anda sokong ke pernyataan itu?? Saya, kalau saya…SAYA MEMANG SOKONG 100% !!...