Friday 12 July 2013

JMK: Keluarga Kedua di UPSI

                  Barisan pejuang KHAR sidang 2012/2013
                                                              cc: Kak Zati, nice art.

Salam Inspirasi.

Dah jadik mantan baru nak update pasal JMK. Haha. Update blog pon sebab JMK. Ramai JMK ada blog. Cuma tak jadik follower mereka lagi. 

Sebenarnya, aku berasa bersyukur sangat kerana diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada mereka, Yess. Sebahagian daripada keluarga INSPIRASI. Sebahagian daripada keluarga JMK atau Jawatankuasa Mahasiswa Kolej atau tersiratnya, Jawatankuasa Makan Kuat. HAHA. 

Banyak sgt yang aku belajar & peroleh sepanjang bergelar menjadi JMK. Hidup ber-JMK bukan sekadar berorganisasi atau berprogram tetapi turut mengajar aku erti persahabatan yang sebenar lebih2 lagi mostly mereka yang jadik JMK ni pangkat degree. 
Jadik JMK bukannya nak cari publisiti bak kata sesetengah orang... sorry sikit, takda tercatat dlm kamus hidup kami... Publisiti yg orang duk cakap tu adalah sebab gaya komunikasi kami dgn org luar... dgn penghuni kolej khasnya... Nak buat macam mana, jadik perantaraan antara penghuni & pihak felo & pentadbiran tu dh tugas kmi jugak...

Nak menggalas amanah atau tanggungjawab tu bukannya perkara mudah & bukan calang-calang orang yang boleh hadapinya. Kena kuat. kena tabah bak hang. Kadang-kadang memang stres pabila pihak Majlis Tertinggi duk bagitau minggu depan ade program, paperwork siap ke belom, laporan macam mana, ape progress kelab atau rakan exco & etc. ... Tapi, semua tu bukannya saja-saja 'dibangkitkan'... 
Itu dah jadik tanggungjawab kita... 
Tugas hakiki kita sbg orang kuat kolej... 
*sori MT, kdg2 aku boleh stres gak... haha. 

Jadik JMK kene selitkan nilai pengorbanan dlm diri tuh. Haa, dulu blajaq ja kat kelas. Jadik JMK kene aplikasikan bende tuh. Orang balik kampung cuti sem, JMK duk kolej, cuti kat kolej. Bukan sbab tak nak tinggalkan kolej, sbb nak buat program demi penghuni2 tercinta. 
Pernah sekali waktu aku first2 dapat jwatan nih, aku still kat Sarawak. Puas2 pujuk bos sebab tak dpt nak balik awal sbb dah terbeli tiket awal; ni ayat bos , "...harapnya lepas ni, abg nak Fred tau ape itu erti pengorbanan..." Haa. ambik aku! 

Dalam organisasi pon ade konfliknya jugak. masalah organisasi. masalah partner. masalah hati. masalah felo...(*eh). yela, nobody' perfect. Hurm, 37 orang, 37 ragam. 
Tapi, tak perlu nak di-mention kat sini. Walaupon dah mantan, semua tu masih menjadi rahsia dan hnya diri-sendiri yang tahu...

Ape2 pon, 1 Jun 2012-30 Jun 2013 nampak lama sgt tapi hakikatnya SINGKAT. Dari Majlis Anugerah Cemerlang 2012 sampailah program kedua terakhir Kursus Timbang Tara di Gambang...
Dalam tempoh tuh, banyak sangat perkara yg dilalui...
Mungkin singkat tapi bagi yang baru masuk separuh sidang kedua? Rasanya masa dia lagi singkat tp aku kagum sebab dia dpt adapt to the new environment & can accept everything that God have given him... 


 Terima kasih semua. terima kasih atas segala ilmu yang telah dicurahkan. 
 Terima kasih atas hubungan persahabatan & kekeluargaan yang diberikan.

Last, utk JMKHAR12/13, utk program TERAKHIR kita ke OVERSEA, tak kesah ke mana saja kita pergi nanti... (*walaupon semua plan nak pi Korea...)... SATU saja yg saya pinta, hrpnya kesemua 37 ahli keluarga INSPIRASI dpt pergi brsama-sama. 
Tak nak ada yg tertinggal... 

NO EXCUSE! LAST MOMENT TOGETHER!

2 comments: