Tuesday 13 September 2011

“…tuu lah…lain kali, jangan pergi main malam-malam…”

Hye, bertemu lagi kita dalam rancangan….cehcehceh…macam pengacaralah pula! Hahaha…Main-main saja…

Baiklah, kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua tentang…ermmm…satu kisah yang agak menarik yang terjadi sebelum kami bercuti untuk menyambut hari raya selama seminggu… Nak tahu tak?? Jom, kita baca POST ini!

Kisah ini terjadi pada malam Jumaat…Hari khamis…Ini bukan kisah SERAMlah…hahaha...Ada seorang kawan ni, Faiz namanya, dia cadang nak buat perlawanan MAIN FUTSAL antara BUDAK FIRST INTAKE dengan BUDAK SECOND INTAKE…Kiranya ini adalah perlawanan PERSAHABATAN antara kami semua…Sebab masa itu kami pun belum kenal sangat dengan pelajar-pelajar second intake ni…Hanif, atlet bola tampar MASUM, setujulah dengan cadangan dia itu dan terus nak buat satu team untuk perlawanan itu nanti…Mulanya, saya memang tak nak join mereka…Maklumlah, saya ni sebenarnya KAKI BANGKU! Hahaha…Tapi, mereka semua ajak join sekali…”Kalau tak pandai main, tengok-tengok saja pun boleh…jadi PENYORAK!”, kata si Faiz tu… Hahaha…

Malam itu, saya pula yang bersemangat nak pergi…tak tahu kenapa…hahaha…Ingatkan nak pergi kampus jalan kaki tapi, rasa malas pula…Jadi, kami orang, saya, Hanif, Nazmi, Helmi dan Nadim pun kumpul-kumpul duit lalu naiklah teksi…Sampai saja di kampus, ingatkan tambang teksi RM5, rupa-rupanya, RM8! Pak cik itu kata sebab maksimum jumlah penumpang adalah 4 orang..jadi, kalau lebih, KENALAH BAYAR LEBIH…! TAMAK benolah pak cik itu!

Sampai saja di padang futsal itu, memang ‘pihak lawan’ dah sedia menanti dah! Macam sudah bersedia 100% lagi nak ‘tumpaskan’ kami! Siap berlatih lagi…Lepas itu, bermulalah permainannya! Separuh masa pertama itu, sayalah yang bermain! Kahkahkah…! Ermmm…bolehlah kalau sekadar sepak bola itu…tidak apa, belajar dan ambil pengalaman saja…huhu

Kalau nak tahu, pelajar-pelajar second intake ni memang HANDAL belaka! Mereka saja yang dapat menjaringkan GOL pada setiap masa! Tapi, relakslah…Ini cuma perlawanan persahabatan..bukannya perlawanan betul-betul…huhu…(nak cover la tu…)…Hanya Hanif dengan Liju saja yang boleh dikatakan menjaringkan banyak GOL untuk pasukan kami…! Dalam kami bermain itu, ada juga yang bermain sampai seluar dia TERKOYAK! Pasukan saya lagi tu! Mana tak nya, dia seorang yang pakai seluar slack untuk bermain futsal! hahahaa… Memang lawaklah! Nak tahu tak siapa??? Haaa...hanya kami saja yang tahu! Sorry…

Baru pukul 11.30 malam, tiba-tiba penjaga stor sukan tu suruh kami orang berhenti bermain…kami pun apalagi, baliklah dari situ…walaupun masa tu dah pukul sebelas lebih dan bas memang dah tak ada dah, sempat juga pasukan saya ni bergambar di pintu timur kampus tu…!

                                           Team futsal…masa: 11.45 malam…^^

                                          Gembira sakan masa tu!!

Jadi, nak tak nak, jalan kaki sajalah balik ke kolej kediaman…lepas tu, sempat juga kami orang singgah di kedai mamak depan kolej tu…dah tahu dah yang masa tu dah pukul 12.30 pagi, tapi, sebab ada orang nak belanja makan ROTI TISU, ON sajalah! Hahaha…masa makan pun sempat juga bersembang panjang…

                                          ROTI TISU…KEDAI MAMAK…masa : 00.25 pagi…

Masa tu, memang kolej dah sunyi dah…tidak ada lagi penghuni yang keluar masuk kolej…Kami pula berjalan macam ‘orang yang tak bersalah’…siap bersembang lagi…hahaha…
 “ Kamu semua TAK BOLEH masuk, dik…Saya kena tanya bos saya dulu, dik…”
Haaa…! PADAN MUKA! Kan dah KENA! Memang muka semua CUAK sangat masa tu! Sampai sanggup duduk di tengah jalan macam banduan yang kena tahan tu…Takut nanti nama diambil dan diserahkan pada pengetua kolej…! Tapi, masa tu, sempat juga kami mengambil gambar…hahaha…memang tak ada rasa takut langsunglah kami semua ni…hahaha…

                  MUKA CUAK! Kena TAHAN Pak Guard! PADAN MUKA! Kuakuakua…!

‘Pergi mana sampai balik malam-malam gini?!’, ‘dah pukul berapa dah sekarang?!’, ‘ada bawa KAD MATRIK tak?!’…kata pak cik guard…Hanya kerana kad matrik itulah kami semua akhirnya ‘terlepas’! hahahaha…” muka muka semua ni saya akan ingat! Kalau esok kamu semua masih lagi buat macam ni, kamu semua takkan masuk kolej jadinya!”…semua DIAM…
lepas tu, tiba-tiba... ”SELAMAT HARI RAYA!”ucap Pak cik tu sambil tersenyum…hahaha…semua terkejut dan tersenyum…
”itulah, siapa suruh pergi main malam-malam…”…sambungnya…

Haaa…kisah ini harus dijadikan teladan…ingat kawan-kawan, jangan sampai perkara ni berulang lagi…Pak guard tu dah KENAL dah kita ni…hahaha…memang SAHABAT TERBAIKLAH kamu semua ni!!!

No comments:

Post a Comment