Monday 12 September 2011

SAHABAT SETIA…

Badan yang agak kecil, rambut berkerinting, bercermin mata…haa…Itulah antara ciri-ciri kawan saya seorang ni…Daripada namanya itu, anda semua dah memang boleh agak dah yang kawan saya ni berbangsa CINA…hahaha…Tapi, pelik kan? Kenapalah saya boleh berkawan dengan orang cina sedangkan saya nie orang iban…haaa…Itulah SATU MALAYSIA namanya …hahaha… sebenarnya, saya boleh kecheh bahasa cina…hahaha…taklah pandai sangat…setakat yang basic tu bolehlah…Parents saya pun tak melarang saya berkawan dengan orang yang berbangsa lain sebab itu yang mereka mahukan…Kalau boleh, mereka nak saya boleh berbahasa lebih daipada satu bahasa! …

Sebenarnya, saya mula rapat dengan Kong ni sejak dari Tingkatan Dua… Sebab?? Haa…ceciter-ceciter…hahaha…Dulu, semasa berada dalam Tingkatan Satu, dia selalu saja dapat TOP 3 dalam kelas! Dalam final exam pula, dia dapat TOP 1 dan saya pula dapat TOP 3!... jadi, masa tu memang dah tahu dah yang TOP 5 keatas akan pindah kelas masa Form 2 nanti…

Memang tak salah lah saya memilih dia nie sebagai KAWAN RAPAT!... Sebenarnya, dialah yang mendorong saya untuk meminati subjek MATEMATIK…Kong ni memang ‘gila’ beno dengan subjek kira-kira ni…ada sekali ketika dia menyertai Kuiz Matematik anjuran University of New South Wales, Australia, dia telah mendapat HIGH DISTINCTION! Saya pula, sekadar dapat PARTICIPATION..huhu… Subjek sejarah merupakan subjek yang paling kawan saya ni tak suka…hahaha…memang tak ada  semangat patriotiklah dia ni…hahaha…Kalau cikgu mengajar kat depan, dia pula TIDUR kat belakang…memang dia ni langsung tak ada minat dalam subjek ni…tapi, dalam SPM tahun lepas, dia dapat juga A dalam subjek itu…Dia ni juga boleh tahan dalam subjek fizik dan juga matematik tambahan…Mana tak nya, subjek ni pun melibatkan pengiraan…macam matematik…huhu…

                                          Kong..sahabat setia...!

Kalau dilihat secara fizikal, memang tak ada apa-apa lah dengan kawan saya ni…tetapi, sebenarnya dia ni mempunyai rutin harian yang agak padat!...Setiap hari penuh dengan tuisyen, latihan piano, latihan taekwando dan hujung minggu pula, sibuk dengan aktiviti unit beruniformnya – BRIGED PUTERA…Walaupun begitu, dia pandai membahagikan masanya dengan baik…Itulah ciri istimewa yang ada pada kawan saya ni…BERGADUH?? Haa…setakat ni, memang TAK PERNAH! Memang tak minta pun…Kalau ada perselisihan, kami orang DIAM saja…lepas itu, OK la…Kadang-kadang saya memang tak suka dengan sikap dia ni yang kadang-kadang SUKA MENDIAMKAN DIRI! Tapi, sebab nak menjaga persahabatan, saya diam saja…malas nak layan…Dari segi pemakanan, dia ni memang mengamalkan GAYA HIDUP SIHAT! Dia tak suka makan makanan yang BERMINYAK…Dalam diam juga, kawan saya ni sudah pandai BERCINTA! Pewitt..!! Kalau tak silap, sampai sekarang pun dia masih lagi bersama dengan awek dia tu…memang KUKUH benOlah tali percintaan mereka ni…hahaha…

Orang kata, “kawan rapat memang tak boleh dipisahkan!”...Pernyataan ini jelas sekali apabila kami berdua telah TERPILIH untuk menyertai PLKN…bagi SIRI PERTAMA…di kem yang SAMA iaitu di KEM PLKN SIMILAJAU, BINTULU, SARAWAK!...memang terkejut GILER masa itu! Kalau cakap pasal CITA-CITA pula, Kong ni memang bersemangat nak jadi ENGINEER! CIVIL ENGINEERINGlah yang menjadi idamannya…Dengan keputusan A+ dalam subjek ADD MATHS, MATHS dan A dalam FIZIKnya, sekarang ni dia telah pun berjaya melanjutkan pelajarannya dalam FOUNDATION IN ENGINEERING di University of Nottingham, Kuala Lumpur… TAHNIAH saya ucapkan…!!
Hmm…walaupun sekarang dah tak dapat berjumpa lagi kerana masing-masing mengikut haluan sendiri namun kami masih lagi SAHABAT YANG AKRAB!

Akhir sekali, Kong….”TERIMA KASIH KERANA MENJADI SAHABATKU!”…^^

No comments:

Post a Comment