Monday 12 September 2011

Faris Siraf...

Walaupun hanya berkawan selama SETAHUN sahaja, tetapi, dalam masa yang sesingkat itu, saya memang dah kenal sangatlah dengan perangai kawan saya si FARIS ni…Fesyen rambut ala-ala JUSTIN BIEBER, berbangsa MELAYU SARAWAK-MELANAU-CINA, saya mula mengenalinya sejak Tingkatan Dua…tapi, masa itu belum rapat lagi…Kawan saya ni pernah bersekolah di St. Mary, Sibu sebelum berpindah ke SMK Teknik, Bintulu, Sarawak…Lepas itu, pada tahun 2007, dia berpindah pula ke sekolah ‘keramat’ saya iaitu SMK Methodist, Sibu…Ingatkan dia akan masuk kelas kami memandangkan ramai kawan-kawannya di sini yang kata dia merupakan PELAJAR CEMERLANG sejak dari bangku sekolah rendah…

Daripada  luaran, kalau sesiapa yang terserempak dengan si Faris ni, memang ramai yang akan anggap bahawa dia ni seorang yang SOMBONG! Mana tak nya, Faris ni memang jarang senyum dan hanya akan senyum apabila bersama dengan kawan-kawan rapatnya…Sebenarnya, dia taklah SOMBONG atau JAHAT mana pun…memang sikap dia macam itu…Dulu, saya pun pernah menganggap dia jenis yang tidak suka berkawan…Tetapi, sekarang baru saya tahu yang dia ni seorang yang agak LAWAK dan juga FRIENDLY !...hahaha…Saya mula rapat dengan Faris ni semasa berada di Tingkatan Lima… Dia ni pun SEBIJI macam Kong …PENDIAM… hahaha …tapi, tidak apalah … Dah masak benolah dengan perangai orang macam itu…huhu…

Dari segi akademik, dia ni boleh tahan jugalah…Memang pantaslah dia dapat 8A dalam PMR 2008 dan masuk dalam KELAS SAINS TERBAIK semasa tingkatan 4 dan tingkatan 5! Semasa berada dalam tingkatan 2 dan tingkatan 3 dulu pun dia ni selalu saja dapat TOP 3 dalam kelas…huhuhu…Tahun lepas, dia juga merupakan PELAJAR CEMERLANG dalam subjek TASAWWUR ISLAM..!!! Dalam SPM tahun lepas pula, fuhhh…memang STRAIGHT A le dia ni…semua A untuk 11 SUBJEK!! Memang pantas jugalah JPA ‘datang’ untuk menaja si Faris ni…hahaha…Sekarang, dia tengah melanjutkan pelajaran dalam bidang ENGINEERING…Dua tahun kat Negeri Sembilan, Malaysia…Lepas tu, sambung pula kat OVERSEA…nak tau tak ke mana??? Hahaha…University of Harvard!! Universiti yang TERBAIK di  dunia tu … hahaha …Memang TERBAIKlah dia ni!! Tapi, kalau anda semua nak tahu, dia ni kadang-kadang agak PEMALAS orangnya …hahaha…Dulu, masa cikgu BI suruh hantar esei, pasti alasannya tetap sama … ”Alamak! Lupa nak siapkan..!”(sambil tersenyum-senyum…)…hahaha…Hampir tiap-tiap minggu saya dengar alasan yang sama saja…Cikgu BI tu pun bukannya kisah sangat kalau pelajar nak hantar ke tak nak kerja rumah mereka…Mungkin sebab tu kawan saya ni bersikap macam itu…huhu…Tapi, dia ni EXCEL jugalah dalam BI…

Sebut saja pasal PERTANDINGAN ROKET AIR, memang kawan saya seorang ni lah yang akan mengajar peserta-peserta yang akan mengikuti pertandingan ni…Mana tak nya, dari tingkatan 2 lagi dia ni wakil sekolah dalam pertandingan itu…Dia jugalah yang JUARA dalam pertandingan ni semasa dia tingkatan 4 dulu!...Memang tak hairanlah dia ni dipilih oleh cikgu sebagai NAIB PENGERUSI KELAB SAINS dan MATEMATIK SIDANG 2009/2010 …hahaha…Dalam KUIZ PELANCONGAN (peringkat negeri & kebangsaan…) pula, dia ni pernah wakil sekolah…JOHAN PERINGKAT NEGERI! dan TEMPAT KETIGA PERINGKAT KEBANGSAAN…!

BERGADUH??? Ermmm…rasanya TAK PERNAH pun…Macam saya dengan Kong…Kalau ada rasa tidak puas hati (tidaklah kerap sangat…), kami orang diam sahaja untuk beberapa minit…bukannya BERHARI-HARI atau BERMINGGU-MINGGU…Sebab, saya ni jenis orang yang tak suka TIDAK BERCAKAP! Kalau boleh, SEKALI pun saya tak nak bergaduh dengan semua rakan-rakan saya…hahaha…

Faris ni pun macam saya juga…dua-dua BEKAS PLKN…hahaha…Tapi, saya FIRST BADGE dan dia pula SECOND BADGE…Saya di BINTULU dan dia pula di SIBU…hahaha…Kalau nak tahu, masa dia dapat tahu yang dia TERPILIH untuk mengikuti PLKN dulu, memang dia agak TERTEKAN! Masa itu juga dia tengah SYOK buat ESEI BI tapi, lepas dapat mesej tu, terus BERHENTI di situ saja…hahahaha…Sebab, saya tahu yang si Faris ni bukanlah jenis orang yang LASAK sangat…Apa-apa pun, sabar saja la, Faris…
Akhir sekali, kalau ada masa, harap nanti kita orang dapat bersua lagi…Lagi satu, nanti kalau belajar di NEGARA ORANG, ingat-ingatlah kawan-kawan di sini…Jaga diri elok-elok…BELAJAR BETUL-BETUL…

Apa-apa pun, Faris….”TERIMA KASIH KERANA MENJADI SAHABATKU!”…^^ 

No comments:

Post a Comment