Tuesday 13 September 2011

Kembara @ Sg. Samak…

                                           Welcome to Sg. Samak…

“Jom, pergi Sungai Samak lepas ni…” kata Abing lepas selesai saja ujian kimia pada pagi ahad tu…
Sebab kem Kembara Malam hari itu tak dapat dibuat di kawasan Sg. Samak gara-gara hujan lebat dan sebab kempunan tak dapat pergi pada hari sabtu sebelumnya (air pasang dan deras), jadi, kami semua pun ON sajalah! Peluang sekali-sekala! Tetapi, ini cuma untuk geng LELAKI sahaja…BAHAYA kalau bawa PEREMPUAN…hahaha…Kepada yang perempuan, jangan marah kalau tak ajak hari itu…huhu
Lepas habis makan tengahari, kira-kira pukul 12 tengahari, bermulalah konvoi berbasikal kami! Sebanyak sebelas basikal yang ditempah…Dengan itu, ’Le tour de Tanjung Malim” oleh Abing, Helmi, Haniff, saya, Fiqry, Nazmi, Liju, Nadim, Amirul, Zul dan Ezad pun bermula…! Macam ‘Le tour de Langkawi’ la pula…hahaha…



Jalan masuk ke TERATAK OVERVIEW tu taklah jauh sangat..Kira-kira 15-30 minit saja…Tapi, jalannya tidak rata, berlubang dan berbukit! Jadi, kepada sesiapa yang nak pergi tu, hati-hati, ok?
On the way pergi sana pun sempat juga si Helmi ni main mercun! Dalam diam, NAKAL juga kawan saya ni…hehe…
Masa lalu pondok kubur tu, memang semuanya PECUT! Takut-takut nanti terserempak dengan ‘mak cik’ pula! kahkahkah…!

                                          Airnya sejuk sekali…Deras lagi tu…

Dah lama dah tak mandi air sungai…masa mandi tu pun teringat juga kampung mak saya di kawasan hulu sungai di Sarawak…memang sebiji!... memang rugi betul kalau tak ikut pergi sana…
Sebenarnya, kami bukannya sengaja nak pergi mandi-manda di sungai tu…Oleh sebab tension sangat dengan assignment yang bertimbun-timbun jadi, kami semua terus bercadang nak pergi ke Sg. Samak ni…Pelajar ni sebenarnya bukan sekadar menatap buku setiap hari…Sekali-sekala, otak kita juga memerlukan rehat walaupun untuk beberapa minit kerana itu pun sudah memadai…Kami pergi sana pun sebab nak mengeratkan lagi tali persahabatan di antara kami semua…Persahabatan antara kami juga tidak mengenal agama dan bangsa…semuanya diterima…

                                          Jejaka-jejaka idaman se-Malaya…cehcehceh…!


Memang syok betul masa mandi di sana…airnya sejuk dan mengalir dengan deras…tapi, kami semua tidaklah sampai pergi ke kawasan yang deras tu…sebab, KESELAMATAN DIRI adalah yang terutama masa tu…
Sememangnya perangai kami semua agak berbeza ketika itu…Kalau di kelas, memang semuanya nampak diam…TETAPI, masa itu perangai semuanya memang GILA TAHAP DEWA !...hahaha…. ada yang bersantai di atas batu macam ikan duyung, ada yang bergayut di akar kayu macam Tarzan, ada yang sempat membuat video klip dengan lagu “UK’s – Bila diri disayangi” dan yang paling LAWAK, ada yang mandi sampai SELUAR dia terkoyak! Hahahaa…Masa itu tak ada seorang pun yang perasan…Kalau tak, memang MALU besarlah kawan saya tu pada hari itu…


                                         ENAM bersaudara…^^

Masa mandi tu pun badan terketar-terketar…bercakap pun terketar-terketar…hahaha…

Sebelum balik tu, memang Abing ni TERBAIKLAH! Dia sanggup tak makan di rumah gara-gara nak makan di Sg. Samak tu…Dia siap bawa kerepek kentang lagi…
Sebenarnya, itulah yang along ni nak sebelum pergi ke Sg. Samak tu…Dia nak buat piknik! Nak barbeque…Tapi, masa yang menghalang semuanya sebab kami semua pergi sana pun ON THE SPOT

                                          Makan time…..^^

Keadaan air sungai pada petang tu yang tiba-tiba saja mengalir dengan deras dan laju, menyebabkan kami semua mengucapkan SELAMAT TINGGAL kepada tempat tu… Kalau ada peluang, kami semua cadang nak bawa satu Group B Sains (Maths) pula lepas ni iaitu sebelum peperiksaan akhir semester satu bermula…
Apa-apapun, terima kasih semua! Persahabatan kita tetap akan kukuh walau di mana saja kita berada…

                                          “SELAMAT TINGGAL, SG. SAMAK…”

No comments:

Post a Comment